Berita Semasa

Todak Academy perkenal Program Todak Apprentice

SERDANG – Todak Academy memperkenalkan Program Todak Apprentice kepada komuniti e-sukan bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi seorang pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, Mohamad Taufik Rizal, melalui program ini, peserta akan menerima bimbingan dan latihan daripada jurulatih serta pemain e-sukan terkemuka dalam industri, sekali gus membolehkan mereka mengembangkan kerjaya dalam Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

“Kami sangat berbesar hati dan mendengar permintaan komuniti diluar sana, ramai yang bertanya bagaimana ingin menyertai Todak dan menjadi pemain profesional MLBB, kini kami berkolaborasi bersama Todak Gaming untuk melancarkan Program Todak Apprentice.

“Matlamat kami adalah untuk membina dan mencari pelapis generasi seterusnya, dan pelancaran ini adalah langkah penting untuk mencapai visi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Majlis pengenalan Program Todak Apprentice yang berlangsung
di Hobby Expo 2023, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Ahad lalu berlangsung dengan penuh meriah.

Acara pelancaran ini berjaya disempurnakan dan dihadiri oleh pemain-pemain e-sukan Todak, pakar-pakar industri, dan para peminat yang turut berpeluang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Todak Apprentice.

Show More

Related Articles

Back to top button