Berita Semasa

Lebih 100 pasukan berentap dalam kejohanan E-Sport kelolaan pelajar Todak Academy

CYBERJAYA – Sebanyak 104 pasukan berentap dalam Kejohanan E-sport Rising Star yang dianjurkan pelajar tahun Pengurusan E-Sport akhir Todak Academy baru-baru ini.

Pegawai Eksekutif Todak Academy, Mohamad Taufik Rizal Aminuddin berkata, pertandingan yang diadakan buat julung kali itu merupakan kerjasama strategik pihaknya dengan agensi TRVN Gaming.

Beliau berkata, pertandingan yang diurus oleh pelajar-pelajar Todak Academy itu merupakan platform rintis yang memberi pendedahan kepada penganjuran permainan video berskala besar.

“Seramai 64 kumpulan telah bertanding untuk permainan PUBG Mobile Tournament manakala 40 kumpulan lagi bersaing untuk menjuarai Mobile Legend: Bang Bang Tournament.

“Pertandingan yang diadakan secara dalam talian pada 13 hingga 15 Mac lalu dan secara bersemuka di pejabat Todak Academy di Tamarind Square pada 18 Mac lalu menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM5,000,” katanya.

Mohamad Taufik berkata demikian selepas majlis penyerahan hadiah kepada pemenang kejohanan itu.

Beliau berkata, acara itu bertujuan menggalakkan pelajar dan masyarakat meneroka peluang industri berasaskan platform pertandingan video terbesar dunia, STEAM.

“Todak Academy percaya sukan elektronik dapat membantu lebih ramai pelajar khususnya golongan belia untuk menyemai iltizam  memilih kerjaya berkaitan STEAM dan berkembang menjadi masyarakat yang cemerlang di masa hadapan,” katanya.

Katanya, Todak Academy kini menawarkan pelbagai peringkat pengajian berkaitan e-Sports, animasi 3D dan pembangunan permainan video.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web rasmi Todak Academy.

Show More

Related Articles

Back to top button