22 mangsa banjir terakhir Terengganu masih di PPS
KUALA TERENGGANU – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih dibuka ekoran banjir di negeri ini kini hanya tinggal sebuah yang menempatkan 22 mangsa dari 5 keluarga.
PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol dekat sini yang masih dibuka setakat pukul 8 pagi ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, PPS yang beroperasi di daerah Setiu pula telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang semalam.
“Kita berharap hujan lebat tidak akan berlaku sepanjang hari ini dan sekiranya air di kawasan rumah mangsa di sekitar Atas Tol telah surut sepenuhnya, mereka akan dibenarkan pulang,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada lagi sungai yang melepasi paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini.
Bagaimanapun, stesen bacaan Sungai Nerus di Kampung Bukit di daerah Setiu juga masih melepasi paras waspada iaitu 10.66 meter berbanding paras waspada 10.5 meter