Luar Negara

Gencatan senjata dilanjutkan dua hari lagi – Kementerian Luar Qatar

DOHA – Kementerian Luar Qatar mengesahkan gencatan senjata di Tebing Gaza akan dilanjutkan dua hari lagi.

Jurucakap kementerian berkenaan, Dr Majed bin Mohammed Al Ansari dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, “Rundingan yang dibuat mencapai kata sepakat untuk melanjutkan gencatan senjata dua hari lagi di Semenanjung Gaza bagi tujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan.”

Serentak itu, pasukan pejuang Hamas yang turut mengesahkan berita terbaharu itu menyambut baik usaha melanjutkan gencatan senjata.

Dalam reaksi segera yang dikeluarkan melalui kenyataan media, pasukan pejuang dari Palestin itu berkata, lanjutan sementara yang dicapai itu masih mengekalkan syarat-syarat yang sama.

Qatar menjadi ‘orang tengah’ di antara Israel dan Hamas dalam mencapai kesepakatan itu.

Sebelum ini, gencatan senjata dilaksanakan pada Jumaat lalu dan berakhir pada Isnin (waktu tempatan).

Show More

Related Articles

Back to top button