Berita Semasa

Malaysia cemas sebelum menang tipis ke atas Taiwan

TAIWAN – Malaysia meraih tiga mata penting dengan menewaskan Taiwan 1-0 pada perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di laman lawan sebentar tadi.

Gol kemenangan skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh penyerang gantian, Daren Lok pada minit ke-72 perlawanan hasil kelam kabut di hadapan pintu gol Taiwan.

Malaysia yang bermain taktikal menyerang sejak permulaan minit perlawanan gagal menjaringkan gol selepas deretan peluang terhidang di depan mata.

Memasuki separuh masa kedua, Malaysia terus melakukan pertukaran taktikal dengan memasukkan Endrik Dos Santos dan Lok berbaki 20 minit perlawanan untuk menggantikan Paulo Josue dan Afiq Fazail.

Kemasukan kedua-dua tenaga baharu itu memberikan tonik tambahan kepada skuad sehingga berjaya menghadiahkan gol kemenangan kepada negara.

Berbaki 5 minit perlawanan, Taiwan secara tiba-tiba melakukan serangan dari pelbagai arah hingga mencemaskan pintu gol negara.

Situasi cemas itu memaksa Kim Pan Gon mengeluarkan Faisal Halim dan menggantikan dengan pemain pertahanan Shahrul Saad.

Kemenangan itu sekaligus memberikan Malaysia 6 mata selepas menang ke atas Kyrgyztan minggu lalu.

Malaysia selepas ini dijadualkan bertemu Oman dalam kumpulan sama.

Show More

Related Articles

Back to top button