Banjir: Sungai Golok catat paras tertinggi 11.03 meter
KOTA BHARU – Sungai Golok di Rantau Panjang dekat sini berada pada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dengan bacaan 11.03 meter (m).
Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan berkata, paras air Sungai Golok setakat ini paling tinggi pernah direkodkan ialah 10.84 m pada 2014.
“Tahun ini, paras air sungai itu lebih tinggi berkemungkinan disebabkan hujan yang berterusan sekali gus menyebabkan perkampungan berhampiran dilanda banjir,” katanya memetik laporan BH Online.
Sementara itu, laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, empat sungai utama di Kelantan melepasi paras bahaya, lima sungai paras amaran dan tujuh sungai paras waspada.
Setakat malam tadi, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan mangsa meningkat mendadak kepada 11,329 orang, berbanding 5,155 petang semalam.
Jumlah mangsa meningkat di semua daerah dan Jeli menjadi jajahan terbaru dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune