Berita Semasa

Penyokong dipukul pada final Piala FA: JDT didenda RM15,000

KUALA LUMPUR – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) didenda RM15,000 serta diberi amaran keras atas susulan seorang penyokong pasukan Kuala Lumpur City FC dipukul oleh individu yang tidak dikenal pasti sehingga menyebabkan kecederaan yang serius semasa Final Piala FA 2023.

Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hukuman itu dikenakan selepas kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran.

“Kelab itu didapati melanggar Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga menyebabkan seorang penyokong pasukan Kuala Lumpur City FC telah dipukul oleh individu yang tidak dikenal pasti sehingga menyebabkan kecederaan yang serius semasa Final Piala FA 2023, JDT lawan Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 22 Julai 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam aksi final itu seorang penonton mendakwa dirinya dipukul oleh anggota Johor Military Force (JMF), susulan itu lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Dalam pada itu menurut FAM, kelab JDT
akan menerima hukuman yang lebih berat jika mengulangi kesalahan yang sama.

Pada masa sama katanya, keputusan ini boleh dirayu.

Dalam pada itu, Kelab Bolasepak JDT juga dikenakan hukuman selepas penyokong pasukan Selangor MAC yang bertanding dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL) diserang.

Katanya, kelab itu didapati melanggar Artikel 68 KoMalaysia Premier Futsal League (MPFL)d Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran.

“Kegagalan ini membolehkan penyokong JDT mengejek, melakukan provokasi terhadap penyokong pihak lawan dan kemudiannya telah mengerumuni, mengejar dan menyerang penyokong pihak lawan sebelum sempat mereka menaiki bas semasa perlawanan MPFL 2023, JDT lawan Selangor MAC di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada 27 Mei 2023.

“Susulan itu, Kelab Bolasepak JDT didenda RM15,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button