Gerai haram didirikan di lorong awam dirobohkan
KUALA LUMPUR – Sebuah gerai yang didirikan secara haram di atas rezab lorong awam di Jalan Nyonya off Jalan Changkat Thambi Dollah di sini dirobohkan, pagi tadi.
Operasi itu dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengurusan Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Tindakan penguatkuasaan meroboh struktur gerai dijalankan setelah pemilik premis dan tapak gerai berkenaan ingkar dengan notis pengosongan tapak perniagaan yang telah dibina diatas rezab lorong awam tanpa kebenaran dari pihak DBKL sebelum ini,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.
Katanya, susulan itu tindakan diambil menerusi Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Dalam pada itu, DBKL turut merakamkan penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh Air Selangor, TNB serta kawalan keselamatan dari pihak PDRM dan Penguatkuasa DBKL.
“Operasi bersepadu ini berjalan dengan lancar dan akan diteruskan dari masa ke semasa.
“Pemilik premis atau struktur yang telah diberikan notis pengosongan tapak sebelum ini diingatkan untuk mematuhi arahan atau tindakan meroboh akan dijalankan setelah tamat tarikh notis pengosongan,” katanya.