Berita Semasa

Maqis rampas 12 tan aiskrim dari China

BANGI – Sebanyak 3,546 karton hasil tenusu dalam produk siap aiskrim yang dipercayai dibawa masuk dari China dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Pelabuhan Klang Barat, sabtu lalu.

Menurut Pengarah Maqis, Mohd Sobri Md Hashim, jumlah keseluruhan barang rampasan seberat 12.8 tan berkenaan dianggarkan bernilai RM26,000.

Beliau berkata, rampasan hasil daripada pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa Maqis telah mendapati bahawa produk yang dibawa masuk oleh syarikat tempatan itu gagal mengemukakan dokumen Permit Import yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sobri berkata, pihaknya sentiasa menekankan pendekatan keseluruhan kerajaan dengan mengutamakan keperluan dan suara rakyat adalah amat penting dalam menyahut cabaran keterjaminan makanan negara.

“Dalam hal ini, pendekatan secara ‘bottom-up’ dan ‘top-down’ akan terus dilaksanakan oleh kerajaan secara strategik.

“Kami juga menasihati agar semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button