
Pemilik Bezza rosak akhirnya dapat tawaran hitam putih, PERODUA tawar beli keretanya
KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan PERODUA Bezza yang rosak selepas lapan jam diterima, Nagakanni Subramaniam akhirnya dapat menarik nafas lega apabila PERODUA membeli semula keretanya itu.
Menurutnya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya, PERODUA juga memberi tawaran untuk saya beli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama
“PERODUA akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh!
“Dengan keputusan ini, saya tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama, dan semua bayaran sebelum ni pun saya akan dapat semula pemulangan wang.
“PERODUA juga memberi tawaran untuk saya beli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau untuk saya menolak tawaran ni dan beli kereta lain. Saya perlu buat keputusan ni dalam 7 hari,” katanya.
Dalam pada itu, Nagakanni turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantunya untuk mendapatkan haknya.
“Terima kasih Perodua atas keputusan ini. Yang paling penting, terima kasih kepada semua yang membantu saya menuntut hak ini. Saya terhutang budi dengan anda.
“Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ni.
“Tapi saya belajar sesuatu. Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya. Akhirnya, kerana gula, semut bersatu,” katanya.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune