Politik
Tun M buat penampilan sulung di Muktamar Pas
SHAH ALAM – Buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Muktamar Pas yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.
Kehadiran bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu diiringi dengan laungan takbir perwakilan-perwakilan Pas.
“Selamat datang Tun Mahathir ke muktamar Pas,” umum Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan ketika menyampaikan ucapannya.
Beliau kemudian naik ke atas pentas utama dan ditempatkan bersama para pemimpin Pas yang lain.
Yang hadir sama pada Muktamar Pas kali ini adalah Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin gabungan itu.