MYAirline mohon maaf, janji bayar balik tahun ini juga
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan MYAirline yang menggantung operasinya secara tiba-tiba menjangkakan dapat membuat bayaran balik kepada semua penumpang yang terjejas pada tahun ini.
Eksekutif Interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, setakat ini pihaknya merekodkan 125,000 penumpang yang terjejas dan dianggarkan RM22 juta bayaran balik akan dilakukan.
“Penumpang akan dapat bayaran balik penuh namun orang ramai diminta bersabar kerana syarikat sedang dalam usaha untuk memproses permintaan berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat MyAirlines, di sini, hari ini.
Azharuddin berkata, MyAirline ingin menyampaikan permohonan maaf yang tulus kepada semua penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi mereka yang tidak dijangka.
“Bagi pihak MYAirline, kami ingin merakamkan kekesalan yang mendalam mengenai peristiwa baru-baru ini dan bagaimana ia memberi kesan kepada semua penumpang kami.
“Sekali lagi, kami menggalakkan semua penumpang yang terjejas untuk menghubungi kami di customercare@myairline.my untuk memulakan proses bayaran balik.
“Kami juga mewujudkan talian hotline di 03-8966 2522 yang beroperasi dari 7 pagi hingga 6 petang setiap hari bagi memudahkan proses pembayaran balik proses dan penyediaan bantuan,” katanya.