Berita Semasa

Sabri Yunus, Angelina Tan selamat bergelar suami isteri

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah terkenal, Sabri Yunus selamat diijab kabulkan dengan aktress, Angeline Tan pagi tadi.

Pernikahan kedua-dua pasangan yang berlakon dalam siri sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu disiarkan dalam satu rakaman video menerusi laman Facebook Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebentar tadi.

Sabri dan Angeline yang terkenal dengan watak sebagai Lucy dan Wan Ismail Golok sah bergelar suami isteri dengan sekali akad dan Angelina menerima mas kahwin seutas rantai emas.

Difahamkan Angelina telah memeluk Islam pada awal bulan ini sebelum memutuskan untuk mengikat ikatan perkahwinan pada hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button