Luar Negara

Rejim Zionis arah utara Gaza dikosongkan dalam tempoh 24 jam – PBB

Petanda operasi darat akan bermula?

BAITULMAQDIS – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu pihak tentera Israel mengarahkan 1.1 juta rakyat Palestin yang berada di Semenanjung Gaza supaya berpindah ke selatan wilayah itu dalam tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, PBB menganggap arahan yang dikeluarkan pada awal Jumaat tersebut sebagai sebagai “mustahil dilaksanakan”, lapor agensi Reuters.

“PBB menganggap ia mustahil dilaksanakan tanpa menyebabkan sebarang malapetaka kemanusiaan,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

“PBB merayu arahan berkenaan, sekiranya ada, ditarik balik bagi mengelakkan situasi tragedi yang ada kini menjadi lebih buruk,” kata Dujarric lagi.

Kenyataan itu turut menyebut, arahan tersebut turut terpakai ke atas semua kakitangan PBB, dan individu yang berlindung di pusat milik PBB termasuk sekolah, pusat kesihatan dan klinik.

Show More

Related Articles

Back to top button