Luar Negara

Hamas henti serah tebusan, Israel halang trak bantuan

GAZA – Proses pertukaran tebusan dan tahanan antara Hamas dengan Israel tergendala selepas trak bantuan kemanusian tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Kenyataan Hamas mendakwa mereka terpaksa menangguhkan pusingan kedua pembebasan tebusan kerana Israel tidak memenuhi syarat yang dipersetujui dalam perjanjian itu.

Dalam kenyataan balas Israel, jurucakap rejim Zionis itu menegaskan mereka menghormati sepenuhnya perjanjian gencatan senjata yang dimeterai.

Bagaimanapun wakil Hamas di Lubnan Osama Hamdan, memberitahu bahawa penggantungan itu disebabkan pelanggaran gencatan senjata yang dilakukan oleh Israel.

Sementara itu, pihak Israel juga dilaporkan mencabuli perjanjian apabila berlaku insiden tembakan tenteranya terhadap rakyat Palestin.

Show More

Related Articles

Back to top button