Politik

Mahkamah batalkan kemenangan PN di Parlimen Kemaman

KEMAMAN – Mahkamah Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan calon PN Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman.

Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis yang membenarkan petisyen pilihan raya oleh calon BN Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Peguam Che Alias, Yusfarizal Yussof mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mahkamah pilihan raya membenarkan petisyen Wan Mohamad Hisham.

Sebelum ini pada 13 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen itu apabila membenarkan bantahan awal oleh Che Alias berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada Mei lalu, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan BN untuk mencabar kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) pada PRU di kerusi Parlimen di Masjid Tanah dan Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).

Tiga panel hakim ketika itu yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan untuk membenarkan perbicaraan penuh bagi kes tersebut selepas mendengar rayuan calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid dan pengundi Kemaman, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Show More

Related Articles

Back to top button