Politik

Ramasamy tidak ikhlas, hanya tunggang parti demi jawatan – Anthony Loke

JELEBU – Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulai Pinang, P. Ramasamy yang mengumumkan dirinya keluar dari parti DAP hari ini, disifatkan sebagai seorang yang tidak ikhlas dan hanya menunggang parti demi mendapatkan jawatan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu kerana sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini, Ramasamy langsung tidak turun membantu kempen.

“Adakah selama ini mereka hanya tunggang parti demi jawatan? Hari ini tiada jawatan terus keluar parti yang mana bagi saya ini tidak ada keikhlasan dalam keberadaan dalam parti.

“Kalau dia sayang kepada parti, dia takkan tinggalkan parti walaupun tak jadi calon. Kita ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan exco lain tak dicalonkan, tetapi yang tidak dicalonkan mereka tetap berkempen atas pentas kita,” kata Anthony ketika ditemui berkempen di Kampung Chennah, di sini hari ini.

Beliau menambah, melihat kepada keputusan Ramasamy, keputusan parti untuk tidak meletakkan beliau sebagai calon adalah wajar.

“Dia nak keluar, keluar la… kita tidak akan merayu siapa-siapa yang hendak meninggalkan parti dan parti akan terus kukuh.

“Biasalah ada orang masuk dan ada orang keluar, tapi ada lebih ramai lagi yang nak masuk, itu tidak menjejaskan kepada kita,” katanya lagi

Show More

Related Articles

Back to top button