Berita Semasa

‘Sanusi ada urusan penting di Sik’ – Pegawai Media MB Kedah

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terpaksa membatalkan kehadirannya di Padang Serai dan Kulim hari ini kerana ‘ada urusan penting di Sik’.

Perkara itu disahkan oleh pegawai medianya, Helmi Khalid kepada portal NST, malam tadi.

“Kehadiran Sanusi (di Padang Serai dan Kulim) terpaksa ditangguhkan.

“Kita akan jadualkan semula pada tarikh yang lain.

“Saya boleh sahkan yang Menteri MB tidak membatalkan kemunculannya pada program tersebut bukan kerana dipanggil polis,” kata Helmi ketika dihubungi NST.

Terdahulu, timbul desas-desus bahawa Sanusi tepaksa membatalkan kemunculannya kerana dikatakan dipanggil polis untuk memberi keterangan petang tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button