Berita Semasa

Jambatan Bailey ganti sementara jambatan lama Sungai Slim – MB

SLIM RIVER – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan sebuah jambatan Bailey akan dibina bagi menggantikan sementara Jambatan Lama Sungai Slim (Slim Village) di Jalan Slim River-Behrang Hulu yang runtuh akibat kepala air, petang semalam.

Menteri Besar berkata, pembinaan jambatan itu dijangka dimulakan hari ini dan dijangka siap dalam masa lima hari.

“Jambatan ini di bawah selenggaraan JKR
(Jabatan Kerja Raya), pembinaan jambatan Bailey buat sementara waktu dipertimbangkan bagi menghubungkan laluan yang terputus.

“Manakala dua buah jambatan lagi yang yang turut runtuh, merupakan jambatan jalan kampung iditu Jambatan Kampung Pasir dan Jambatan Kampug Sg Muda menghubungkan Kampung Piong,” katanya ketika meninjau Jambatan Lama Sungai Slim di sini, hari ini.

Saarani berkata, struktur konkrit pada jambatan sepanjang 77 meter dan lebar 7.5 meter yang menghubungkan pekan Slim Village ke Bandar Slim River serta Bandar Behrang, mengalami kegagalan disebabkan tidak dapat menahan tekanan daripada serpihan kayu yang hanyut bersama aliran air banjir.

Justeru itu, beliau berkata, sebagai langkah keselamatan pengguna jalan raya, laluan tersebut ditutup untuk sementara.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Muallim dinaiki air berserta kejadian kepala air mengakibatkan ratusan penduduk terperangkap.

Setakat pagi ini, 175 mangsa daripada 42 keluarga diselamatkan dan ditempatkan di
dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, 19 lagi mangsa di Risda Eco Park masih belum diselamatkan akibat jambatan berhampiran runtuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button