
Neelofa ditemui selamat
SARATOK – Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang selama 10 jam dari sebuah sekolah dekat Sebetan ditemui selamat di kawasan sebuah kebun.
Neelofa Entita Entegang, berasal dari Rumah Panjang Bundak di Sungai Anak, ditemui pada pukul 3.24 petang tadi.
Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pencarian dijalankan dalam radius tiga kilometer (km) dari lokasi terakhir mangsa dilihat iaitu Sekolah Kebangsaan Engkudu.
“Pada sebelah pagi, kawasan pencarian bermula dari radius satu kilometer sehinggalah ke radius dua kilometer di sekeliling SK Engkudu, iaitu bermula daripada tempat orang hilang tersebut.
“Mangsa ditemui penduduk kampung dan diserahkan kepada Pasukan SAR sebelum dihantar ke Hospital Saratok untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Berikutan penemuan itu, katanya, SAR yang telah dilancarkan sejak pagi tadi oleh agensi penyelamat serta penduduk kampung, ditamatkan sekitar jam 4 petang tadi.
Menurut maklumat Pembantu Pengurusan Murid sekolah terbabit, mangsa dilihat kali terakhir pada pukul 5.50 pagi di sekolah berkenaan ketika menunggu sarapan pagi.
Mangsa dikatakan hilang secara tiba-tiba tanpa sebarang pemakluman.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |