Angka kematian insiden letupan gudang mercun meningkat kepada 10 orang
NARATHIWAT – Angka kematian akibat insiden letupan gudang mercun di Narathiwat, selatan Thailand semalam, kini mencecah 10 orang
Gabenor Wilayah Narathiwat, Sanan Pongaksorn berrkata, antara mangsa yang maut termasuk seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun.
Jumlah mangsa yang tercedera turut meningkat kepada 117 orang
Insiden pada kira-kira pukul 3.30 petang semalam itu berlaku di destinasi beli-belah popular bagi rakyat Malaysia di Sungai Golok.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau cedera dalam kejadian itu.
Meskipun dipisahkan oleh Sungai Golok, gegaran akibat letupan kuat itu dilaporkan turut dirasai penduduk hingga sebelah Rantau Panjang.
Letupan kuat itu turut mengakibatkan lebih 200 kediaman dan kedai rosak, manakala lebih daripada 10 rumah dan kedai musnah.