Politik

KJ jumpa Muhyiddin

CYBERJAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar difahamkan telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin hari ini.

Khairy, yang juga merupakan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, berkongsikan gambar pertemuan berkenaan di InstaStory beliau tanpa memberi sebarang keterangan.

Kedua-dua mereka kelihatan tersenyum di dalam gambar tersebut.

Laporan media sebelum ini menyebut, Khairy akan mengadakan perjumpaan dengan Muhyiddin bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini dilaporkan menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.

Show More

Related Articles

Back to top button