
PN mungkin letak calon Melayu di PRK Kuala Kubu Bharu
KUALA TERENGGANU – Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) memberi bayangan meletakkan calon berbangsa Melayu bagi mewakilil Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, 11 Mei ini.
Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris berkata, PN mungkin meletakkan calon Melayu berdasarkan demografi pengundi Melayu merangkumi lebih 46 peratus.
Beliau turut berkata, semua parti dalam gabungan PN sudah menghantar senarai calon untuk bertanding pada PRK DUN Kuala Kubu Bahru.
“Majlis pimpinan tertinggi PN sudah mengadakan mesyuarat dan akan mengumumkan calon esok.
“Calon yang akan diketengah sudah melalui beberapa proses dan bukannya dipilih secara tangkap muat,” katanya, hari ini.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu, akibat kanser.
Pada pertandingan empat penjuru Pilihan Raya negeri (PRN) lalu, mendiang Kee Hiong memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,119 undi.
Razali berkata, kekalutan di antara parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) terutama MCA dan MIC dijangka akan memberi kelebihan kepada PN untuk memenangi kerusi DUN itu.
“Semua jentera pilihan raya PN sudah dikerah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan calon,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |