Politik

DUN Kelantan dibubar 22 Jun

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan dibubarkan pada 22 Jun.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berkata, tarikh pembubaran tersebut telah menerima perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Pembubaran tersebut membuka laluan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh DUN dibubarkan.

Pada pilihan raya 2018, PAS memenangi 36 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, diikuti Barisan Nasional (BN) lapan kerusi, dan Bersatu satu kerusi.

Show More

Related Articles

Back to top button