Kes helikopter mendarat di padang dirujuk kepada CAAM
SHAH ALAM – Laporan mengenai sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang Seksyen U11 dipercayai untuk menghantar seorang murid sekolah di sini akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, satu laporan polis telah dibuat Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
“Kes itu diklasifikasikan sebagai rujukan agensi lain (ROA) kepada CAAM untuk tindakan lanjut.
“Kes itu diklasifikasikan sebagai rujukan agensi lain (ROA) kepada CAAM untuk tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang murid sekolah dari sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park Shah Alam.
Dalam video yang tular hari ini, sebuah helikopter didapati melakukan pendaratan di sebuah kawasan lapang disusuli kelibat seorang murid yang turun dari pesawat kecil berkenaan dipercayai pelajar di sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park, Shah Alam.