Kanak-kanak 7 tahun meninggal dunia di taman tema air
CYBERJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia akibat lemas di sebuah taman tema air di Banting tengah hari semalam.
Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kejadian disedari pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari, selepas orang awam menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam di taman tema tersebut.
“Kejadian berlaku semasa mangsa bersama kakaknya berusia 8 tahun sedang bermain di sebuah kolam,” kata Ahmad Ridhwan dalam satu kenyataan.
“Bapa mangsa kemudian dimaklumkan oleh orang awam bahawa salah seorang anak perempuannya telah tidak sedarkan diri.”
Beliau menambah, mangsa disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke ke Hospital Banting.
Kes disiasat bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).