Politik

“Saya ucapkan selamat maju jaya” – Presiden UMNO

UMNO tidak gusar laporan 10 'warlord' bakal sertai PN

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada 10 ‘panglima’ yang dijangka menyertai Perikatan Nasional.

Kata Ahmad Zahid, bekas pemimpin bertukar parti tidak akan memberi kesan kepada identiti dan sokongan penyokong UMNO, yang pernah berdepan situasi seperti itu sebelum ini.

“Ini pertama kali mereka tidak dapat menghadirkan diri ke perhimpunan agung Umno. Saya dimaklumkan mereka berhasrat sertai parti lain. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” kata Ahmad Zahid pada sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU2023) di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), di sini hari ini.

Terdahulu, laporan media menyebut PN dijangka mengumumkan 10 ‘nama besar’ daripada UMNO yang bakal menyertai gabungan itu sebelum pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris dipetik sebagai berkata 10 ‘panglima’ itu merupakan individu yang disisih daripada UMNO, dan mereka akan menyertai sama ada PAS atau Bersatu.

Show More

Related Articles

Back to top button