Berita Semasa

Pensijilan halal Jakim hanya untuk makanan manusia, bukan haiwan ternakan

PUTRAJAYA – Persijilan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak meliputi skop makanan ternakan dan hanya terjad kepada makanan manusia sahaja.

“Justeru logo halal tidak boleh digunakan pada label makanan haiwan,” kata DVS dalam satu kenyataan semalam sebagai maklum balas terhadap penulisan ‘Dr Saari’ yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai status halal makanan ternakan untuk ayam.

DVS juga berkata penulisan ‘Dr Saari’ yang ditular itu merupakan isu yang diketengahkan pada 2007 dan pernah dijawab Jakim pada 20 Jun 2016.

Semakan mendapati isu tersebut tular sejak 2007 yang mana pengamal media sosial yang memperkenalkan diri sebagai Dr Saari dari sebuah universiti awam mendakwa makanan ternakan terutamanya ayam mengandungi sumber tidak halal.

DVS berkata aktiviti pengilangan makanan ternakan ayam adalah tertakluk kepada Akta Makanan Haiwan 2009 yang mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan serta bahan tambahan makanan haiwan.

Ini bagi memastikan bahawa makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan, tidak memudaratkan haiwan serta tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh manusia dan untuk kegunaan lain, katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button