Berita Semasa

Proses pensijilan halal akan diselaraskan mengikut penanda aras ditentukan – Zahid

KUALA LUMPUR –  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kriteria bagi mendapatkan pensijilan halal akan diselaraskan mengikut penanda aras yang sudah diperincikan sebelum ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia berkata, penanda aras itu dicapai menerusi perbincangan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya beliau akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat majlis berkenaan, yang dijadual berlangsung minggu depan.

“Kita akan selaraskan mengikut penanda aras ditentukan dengan melihat semua syarat bagi meminta tempoh tertentu bagi kelulusan atau penambahbaikan (permohonan pensijilan halal).

“Ia (kriteria mengenai kelulusan atau penambahbaikan permohonan) bukannya dalam tempoh terlalu lama dan ini difahami Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta JAKIM,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melakukan lawatan kerja di Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) di Batu Caves, di sini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa, Datuk Seri Ramlan Harun serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf.

Show More

Related Articles

Back to top button