PM X

PM pelawa orang ramai ke Pameran ‘Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?’

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa orang ramai hadir ke Pameran ‘Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?’ di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), di sini.

Katanya, pameran yang bakal dijalankan selama lima bulan dan dianjurkan oleh MKIM tersebut adalah antara yang terbesar di dunia.

Justeru, beliau mengajak golongan penyelidik, ibu bapa, mahasiswa dan pelajar untuk memanfaatkan waktu dengan menghadiri pameran berkenaan.

“Mungkin ramai tidak tahu tentang pameran ini, (ia) agak unik kerana tidak dipersembah di mana-mana di dunia melainkan di muzium di London. Itupun skala kecil.

Antara artifak yang dipamerkan di Pameran ‘Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?’ di MKIM. – Foto Najmi Zulkefle

“Skala besar ini yang terbesar pernah diadakan di dunia (iaitu di MKIM). Jadi sewajar masyarakat menggunakan peluang ini kerana kalau di tempat lain, kosnya terlalu tinggi,” katanya lagi.

Ujarnya, individu yang memahami nilai dan makna dari segi pendidikan, pendedahan dan ilmu kesenian tidak akan mensia-siakan peluang tersebut.

“Sekarang ini musim cuti sekolah, jadi saya harap ibu bapa memanfaatkan waktu (membawa anak), beberapa jam untuk melihat, merenung dan memahami apa itu karya indah seni.

Antara artifak yang dipamerkan di Pameran ‘Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?’ di MKIM. – Foto Najmi Zulkefle

“Seni lukisan atau puisi itu pencernaan dari hati nurani yang dilakar dengan bahasa ataupun lakaran indah yang tidak mampu dilakukan oleh orang biasa. Hanya beberapa orang dalam jutaan manusia yang boleh melakar dalam bahasa yang indah atau dalam lukisan yang cantik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran ‘Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?’ di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), di sini hari ini.

Yang hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Show More

Related Articles

Back to top button