Berita Semasa

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”.

Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara.

Dalam poster yang dimuat naik itu turut memaparkan baginda mencemar duli dengan beramah mesra bersama pengamal media ketika ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara.

Tarikh 29 Mei diangkat sebagai sambutan HAWANA sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Akhbar Utusan Melayu keluaran pertama pada 29 Mei 1939

Sambutan HAWANA 2023 dianjur di Perak bermula Sabtu lalu hingga hari ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button