Berita Semasa

Kerajaan alu-alukan pihak swasta biayai HSR Kuala Lumpur-Singapura

KUALA LUMPUR – Rundingan pelaksanaan semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura masih terbuka selagi ia membabitkan pelaburan swasta.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan sehingga hari ini masih tidak membuat sebarang keputusan berhubung projek berkenaan selepas ia dibatalkan pada 31 Disember 2021.

0Katanya, kerajaan tidak menutup pintu terhadap sebarang cadangan membangunkan semula projek itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kebenaran untuk rundingan selagi pembangunannya tidak dibiayai kerajaan.

“Kami terbuka kepada sebarang cadangan selagi ia membabitkan pelaburan swasta. Ketika ini, tidak ada cadangan khusus yang diterima,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Terdahulu, Anthony menghadiri sidang media di Invest Malaysia 2023 anjuran Bursa Malaysia dan Maybank, hari ini.

Untuk rekod, Malaysia dan Singapura mula menandatangani perjanjian dua hala mengenai projek itu pada 13 Disember 2016 tetapi menamatkan projek itu selepas mengalami beberapa kelewatan.

Projek yang membabitkan pembangunan sepanjang 350 kilometer itu akan memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura kepada hanya 90 minit.

Show More

Related Articles

Back to top button