Berita Semasa

Pendaki OKU dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

KUALA LUMPURSeorang Pendaki negara yang menyertai misi pendakian Gunung Everest, Himalaya dilaporkan hilang sejak Jumaat.

Mangsa, Muhammad Hawari yang juga orang kelainan upaya (OKU) dipercayai hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 18 Mei dan dalam perjalanan turun dari Kem Empat.

Berita kehilangan pendaki Malaysia itu turut dilaporkan oleh portal The Himalayan Times (THT) hari ini.

Menurut laporan portal tersebut, Pengarah Pengembaraan Perintis, Nivesh Karki berkata, Muhammad Hawari gagal dihubungi selepas meninggalkan Kem Empat.

Kata Nivesh, maklumat berhubung kehilangan mangsa telah diedarkan kepada semua pengendali bagi mengesan sekiranya dia berteduh di kem lain.

Difahamkan, operasi mencari dan mengesan Muhammad Hawari sedang giat dijalankan.

Hawari merupakan kumpulan sama yang menyertai Malaysia Everest 2023 (ME 2023) bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lot Kol Awang Askandar Ampuang Yaacub yang dilaporkan meninggal dunia semalam.

Semalam, media melaporkan Muhammad Hawari berjaya menawan puncak Everest (8,848 meter dari paras laut) kira-kira pukul 3.30 petang Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button