Politik

Annuar Musa akui hantar borang sertai PAS

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan menghantar borang permohonan untuk menyertai PAS selepas lebih enam bulan dipecat daripada UMNO.

Beliau berkata, bagaimanapun terpulang kepada PAS untuk menerimanya sebagai ahli baharu.

“Saya mengesahkan saya memang buat permohonan tapi terpulang pada parti PAS untuk terima saya atau tidak sebab saya bukan sesiapa pun dan dibuang dari UMNO,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Muafakat Nasional di sini hari ini.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendedahkan lebih 10 pemimpin UMNO termasuk Annuar memohon menyertai parti itu.

Dalam pada itu, Annuar secara berseloroh turut memperbetulkan kenyataan Takiyuddin yang hanya menyebut seramai 10 ahli UMNO menyertai PAS.

Sebaliknya Annuar berkata, lebih 1,000 ahli UMNO akan menyertai parti itu.

“Bukan 10 orang tapi lebih daripada 1,000 bersama-sama dengan saya, insya-Allah pada minggu kedua bulan Jun kita hanya tunggu kelulusan daripada parti PAS,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button