Berita Semasa

Technology College Sarawak tawar biasiswa

KUALA LUMPUR -Technology College Sarawak, (TCS Collage) dengan kerjasama SOCC Holdings Sdn Bhd (SOCC Holdings) menawarkan biasiswa kepada golongan yang kurang berkemampuan khususnya bagi anak Sabah dan Sarawak.

Pengarah Urusan Kumpulan SOCC Holdings, Amin Aznizan, berkata tawaran biasiswa tersebut adalah selari dengan misi TCS Collage yang mahu membasmi kemiskinan menerusi pendidikan.

Katanya, tawaran biasiwa berkenaan adalah bagi kursus Asasi Perniagaan (Foundation in Business) dan Hellcopter Underwater Escape Training yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Apa yang kita buat adalah kita masuk ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan bagi peluang kepada mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS dengan memberikan mereka biasiswa.

“Kita (TCS Collage) adalah yang pertama di Malaysia yang mana pelajar yang mengambil kursus Asasi Perniagaan tidak ada peperiksaan akhir. Penilaian dilakukan sepanjang pengajian itu sendiri,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan SOCC Holdings, Amin Aznizan (kanan) bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) menyerahkan surat biasiswa kepada bakal pelajar TCS Collage.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan sambutan Hari Gawai SOCC bersama 14 rakan strategik, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, di sini, pada Khamis lalu.

Yang hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Nancy Shukri, pemegang-pemegang taruh serta selebriti dan artis tempatan seperti DJ Fuzz, Fauziah Nawi, Nana Sheme dan Noh Hujan.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan sambutan Hari Gawai SOCC bersama 14 rakan strategik, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, di sini, pada Khamis lalu.

Majlis yang bertemakan negeri Sarawak itu juga dimeriahkan dengan persembahan bergendang, tarian ngajat khas dan nyanyian artis tempatan.

Tambah Amin, TCS Collage juga telah memeterai Memorandum Kerjasama (MoU) dengan Institusi Pengajian Tinggi di Finland dan United Kingdom (UK) yang membolehkan pelajar jurusan Asasi Perniagaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di kedua-dua buah negara berkenaan.

“Kenapa kita Finland adalah kerana Finland sebuah negara yang hebat dalam pendidikan mereka ada falsafah yang sama dengan kita iaitu ianya (kaedah penilaian) adalah bukan dengan menggunakan peperiksaan tetapi penilaian sepanjang pengajian,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, TCS Collage adalah anak syarikat milik SOCC Holdings yang berpangkalan di Kuching, Sarawak dan telah beroperasi sejak tahun 2000.

Show More

Related Articles

Back to top button