Piala Sudirman: Malaysia mara ke separuh akhir, tewaskan Denmark 3-1
SUZOU – Malaysia berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Sudirman selepas menewaskan Denmark 3-1.
Mata Malaysia diperoleh daripada pasangan beregu campuran, Lee Zii Jia dan beregu lelaki.
Pasukan negara membuka langkah kanan selepas pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meletakkan Malaysia di hadapan selepas menewaskan Mathias Christiansen-Alexandra Bøje 15-21 21-14 21-7.
Malaysia terus mendapat mata kedua selepas Zii Jia diisytihar menang ke atas Viktor Axelsen selepas pemain itu menarik diri akibat kecederaan ketika keputusan 4-4.
Bagaimanapun, Denmark berjaya merapatkan jurang mata apabila perseorangan wanitanya, Mia Blichfeldt menewaskan Goh Jin Wei 21-14 15-21 21-19.
Mata kemenangan Malaysia diperoleh selepas pasangan beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Woi Yik menundukkan Kim Astrup-Anders Rasmussen 21-17 21-16.
Dengan kemenangan itu Malaysia dijadualkan bertemu Korea Selatan di peringkat separuh akhir.