Jenayah & Mahkamah

Seks sejenis secara berkumpulan selepas ambil dadah dikesan semakin meningkat

KUALA LUMPUR – Masalah penagihan dadah yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat dikesan mewujudkan satu isu baharu apabila terdapat kumpulan yang mempraktiskan kehidupan ‘lelaki seks lelaki bersama dadah’.

Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (Masac), Raja Azizan Suhaimi berkata, komuniti itu yang lebih dikenali sebagai MSMD (Men Sex Man Drug) bukan sahaja semakin bertambah malah menjadi antara penyumbang kepada peningkatan bilangan kes penagih dadah baharu dari kalangan pekerja lelaki di Malaysia.

Beliau berkata, isu itu terbongkar selepas pihaknya menjalankan kajian lapangan bersama Jurulatih Pemulihan Bertauliah (CRC) 2.0 Masac tajaan Yayasan Bank Rakyat sebagai syarat untuk bergraduat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Golongan MSMD ini, kebanyakan mereka merupakan warga bekerja di sektor yang kasar seperti pemandu kenderaan berat, pekerja buruh dan pekerja binaan.

“Mereka ini menjalankan aktiviti seks secara berkumpulan sesama lelaki dengan turut mengambil dadah jenis metafetamin untuk meningkatkan tenaga seksual untuk tahan lama untuk mengadakan seks secara berkumpulan minimum 3 orang sehingga 15 orang sesama lelaki sebagai alat untuk menghilangkan tekanan di tempat kerja yang berkeadaan tidak kondusif,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih membimbangkan katanya, apabila pengambilan dadah metafetamin atau jenis ice ini diambil dengan menggunakan jarum suntikan yang dikongsi secara bersama.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya mendapati rata-rata mereka ini bukan golongan gay atau maknyah tetapi merupakan golongan biseksual atau lelaki biasa yang mempunyai pekerjaan tetap, baik serta mempunyai keluarga.

“Cuma mereka ini mempunyai fantasi seksual luar biasa yang tersalah arah hingga menjadikan aktiviti lelaki seks lelaki sebagai jalan untuk memenuhi fantasi seksual mereka kesan dari melihat video pornografi dari luar negara yang mudah diperolehi dengan akses internet mudah dan murah memperlihatkan aktiviti ini menarik dan memberi kepuasan kepada fantasi mereka.

“Tambah lebih membahayakan lagi, aktiviti ini kini disulami dengan pengambilan dadah secara jarum suntikan dadah yang dikongsi bersama untuk memaksimakan stamina ketika bersama seks kumpulan agar permainan bertahan lebih lama sesama mereka.

“Perkongsian jarum suntikan ini amat merbahaya kepada penularan penyakit berjangkit di kalangan penagih dadah baru ini,” ujarnya.

Sementara itu katanya, golongan MSMD ini sukar dikesan kerana bergerak seperti kultus ajaran sesat yang sering mengubah lokasi aktiviti bersama berkumpulan.

Katanya, selain sering bertukar kumpulan, pertemuan diadakan secara maya sebelum pertemuan fizikal diadakan untuk beraktiviti lelaki seks lelaki bersama.

Dedahnya lagi, aktiviti tidak bermoral itu sering diadakan di inap desa di bandar seperti di kondominium yang mempunyai pengawal keselamatan dan dibuat pada waktu bekerja.

“Mereka yang berkongsi dana mengambil inap desa eksekutif dan membeli dadah ice ini berpakaian seperti orang kebanyakkan tanpa memperlihatkan kecurigaan pada perwatakan atau rupa paras mereka sebelum mereka ambil dadah.

“Mereka mengadakan hubungan seks seperti gaya musical chair bergilir gilir dan kadangkala seperti keretapi yang beratur mengadakan hubungan terlarang ini disulami dadah.

“Tambah lebih parah lagi, mereka yang mengadakan hubungan MSMD pada siang hari waktu bekerja ini akan pulang semula bekerja sebelum pulang ke rumah pada waktu petang untuk bersama keluarga anak dan isteri.

“Mereka ini juga yang masih ada kesan stim dadah dan keseronokan bersama kumpulan MSM akan pula bersama isteri mereka pula pada hari yang sama,” dedahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button