Berita Semasa

CUEPACS minta kakitangan kontrak berkhidmat lebih 10 tahun diserap secara one off

PUTRAJAYA – Kerajaan diminta untuk mempertimbang menyerapkan kira-kira 30,000 kakitangan kontrak yang sudah berkhidmat lebih 10 hingga 15 tahun secara ‘one off’ ke dalam sektor awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya menerima aduan daripada kakitangan kontrak berkenaan isu itu dan ia sudah pun dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata, satu dasar berhubung kakitangan kontrak sudah diluluskan kerajaan bagi membolehkan mereka diberi jawatan tetap apabila sudah berkhidmat 15 tahun ke atas.

“Namun, agak malang apabila sebahagian daripada mereka yang sudah berkhidmat melangkaui 10 tahun secara tiba- tiba tidak disambung dan ditamatkan perkhidmatan.

“Kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan ini sebenarnya mampu untuk berkhidmat lima tahun lagi untuk diserapkan ke jawatan tetap,” katanya memetik laporan BH Oline selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2023 di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, di sini, hari ini.

Adnan berkata, CUEPACS berharap kerajaan dapat meneruskan inisiatif berkenaan dengan melantik mereka sebagai kakitangan tetap selepas berkhidmat 10 hingga 15 tahun.

Katanya, amat tidak adil sekiranya perkhidmatan mereka ditamatkan selepas 10 tahun berkhidmat sedangkan mereka mempunyai lima tahun lagi untuk diserapkan ke jawatan tetap.

Show More

Related Articles

Back to top button