Berita Semasa

Umrah ditunda, jemaah tuntut Emraz kembalikan semula wang

PUTRAJAYA – Seramai lebih 200 jemaah umrah menuntut wang mereka dikembalikan oleh syarikat pelancongan umrah dan haji, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd (Emraz) selepas gagal membawa mereka ke tanah suci mengikut masa yang ditetapkan. 

Wakil jemaah, Rusman Abu Samah, 55, berkata, bayaran penuh sebanyak RM21,000 bagi pakej umrah pada bulan Ramadan ini sudah dibuat olehnya, namun terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak diketahui.

Katanya, makluman mengenai pembatalan tersebut dibuat pada Ahad lalu melalui pertemuan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. 

“Kami dah bayar penuh kepada Emraz dan baru-baru ini Pegawai Eksekutif (CEO) Emraz kata pakej Umrah dibatalkan atau ditangguh atas sebab yang saya pun tidak tahu dan saya pun tidak mahu tahu. 

“Kami sudah bayar dan kami mahu pergi umrah pada bulan puasa. Kalau mereka gagal untuk tunaikan, mereka patut maklumkan dengan lebih awal bukan waktu bulan puasa, sebab kami mahu iktikaf di sana sepuluh hari Ramadan ini. Jadi jangan bagi alasan Raudah penuh sebab itu alasan yang tidak konkrit.

“Tuntutan kami adalah kami minta bayar segera kepada kami semua. Saya mewakili semua jemaah Emraz yang terkesan yang dah bayar penuh bukan sikit-sikit puluhan ribu ada yang kes 2019. Apa jadi 2019? kenapa sampai tiga empat tahun selesaikan hutang. Ini amanah jemaah kepada Emraz,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, dia berkata, tiada laporan difailkan di SPRM kerana kedatangan mereka di situ adalah hanya untuk meminta pandangan. 

“Kami hanya minta pandangan, kami dah buat laporan polis. Laporan SPRM hari ini kami tidak buat laporan sebab kami hanya minta pandangan,” ujarnya.

Ditanya bagaimanakah dia boleh berminat untuk membuat tempahan melalui agensi tersebut, dia difahamkam agensi tersebut telah memenangi anugerah sekali gus, memberikan keyakinan terhadapnya untuk melanggan. 

“Saya tanya dekat Facebook mereka cakap mereka dapat anugerah yang terbaik itu sebab saya ambil pakej dia. Jadi dia kata  kena bayar penuh, saya pun setuju tidak mengapa saya bayar penuh sebab kami ingin pergi bulan puasa tapi mereka telah tipu kami,” ujarnya lagi. 

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button