Berita Semasa

Pelajar UPNM balik beraya naiki pesawat TUDM

CYBERJAYA – Sekumpulan mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang berasal dari Sabah dan Sarawak diberi peluang istimewa pulang beraya ke kampung pada tahun ini dengan menaiki pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Semalam, seramai 20 pelajar tersebut dihantar pulang beraya ke Kuching, Kota Kinabalu dan Tawau dengan menaiki pesawat A400M dan C130.

UPNM dalam satu hantaran di laman Facebooknya berkata, kesemua pesawat tersebut berlepas dari Pangkalan Udara Subang.

Wakil pelajar anak Sabah, Aliea Maisarah Abdullah.

Salah seorang pelajar, Aliea Maisarah Abdullah turut menzahirkan ucapan berterima kasih kepada Naib Canselor UPNM, Datuk Hasagaya Abdullah dan pihak TUDM kerana cakna membantu para pelajar dari Sabah dan Sarawak, kata hantaran itu lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button