Berita Semasa
KPM umum 19 April ini cuti tambahan sekolah sempena Aidilfitri
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 19 April ini sebagai cuti tambahan sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata cuti tambahan itu adalah untuk memudahkan urusan guru, murid serta ibu bapa untuk pulang ke kampung masing-masing bagi membuat persiapan menyambut perayaan terbabit.
“KPM bersetuju untuk memberikan cuti tambahan pada 19 April ini atau Rabu untuk negeri di kumpulan A dan B,” katanya lapor BH Online.
Terdahulu beliau menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah KPM di sini, hari ini.