Berita Semasa

Puspakom anjur pemeriksaan kenderaan persendirian secara percuma

CYBERJAYA – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akan menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail berkata, kempen tersebut yang bermula esok hingga 20 April itu nanti, diadakan sebagai langkah memastikan keselamatan pemanduan pada Aidilfitri.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini kemudiannya berkata, pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM di seluruh negara kecuali Shah Alam (Selangor), Taman Bukit Maluri (Kuala Lumpur) dan Pasir Gudang (Johor) dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Tambahnya, Unit Pemeriksaan Bergerak turut ditawarkan bagi pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih yang disenaraikan dalam laman web Puspakom atau di laman Facebooknya.

“Pemeriksaan secara sukarela itu tertumpu kepada aspek keselamatan termasuk pemeriksaan brek, pelincir sisi, tayar, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan serta cermin gelap.

“Kempen ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan komputer, yang seterusnya maklumat ini mereka boleh gunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button