Berita Semasa

Taska kanak-kanak perempuan ‘digigit’ diarah tutup sementara

PUTRAJAYA – Polis menjalankan siasatan berhubung seorang kanak-kanak perempuan yang cedera digigit ketika diletakkan di sebuah taska, di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya terkesan sebuah hantaran dimuat naik di Facebook El Ameerah berkaitan kecederaan kanak-kanak itu, semalam.

Katanya, hasil semakan mendapati, pihaknya menerima laporan tersebut dari seorang wanita berkenaan beberapa kesan gigitan di tangan anaknya semasa dihantar ke sebuah taska, pada pukul 10.26 malam, Rabu lalu.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kanak-kanak tersebut telah dirujuk ke Hospital Putrajaya dan hasil pemeriksaan mengesahkan kecederaan ditangan tersebut selari dengan kesan gigitan kanak-kanak seusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asmadi berkata, semakan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taska tersebut berdaftar dan mempunyai lesen yang masih sah.

“Pada mulanya, kedua-dua pihak bersetuju untuk tuntutan ganti rugi berhubung kejadian itu, namun sehingga kini tiada penyelesaian dapat dibuat oleh kedua-dua pihak,” ujarnya.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan, sebuah taska yang didakwa berlaku kes penderaan kanak-kanak diarah tutup sementara.

Hasil pemeriksaan JKM pada 29 Mac lalu mendapati berlaku ketidakpatuhan kepada Akta Taska 1984.

Show More

Related Articles

Back to top button