Politik

Sanusi dakwa dilarang hadiri program kerajaan

KUALA LUMPUR  – Menteri Besar, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor mendakwa beliau dilarang menghadiri semua program anjuran kerajaan Persekutuan.

Menurut Muhamad Sanusi, larangan tersebut adalah termasuk acara Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) di Langkawi pada Mei ini.

Katanya, larangan itu merupakan keputusan terbaharu Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keputusan terbaharu Kabinet PMX – Haramkan MB Kedah dalam semua majlis Kerajaan Pusat termasuk LIMA. Apa nak buat…””

“If you panaih (panas), please don’t koyakk (tapi jangan marah)…,” tulisnya ringkas menerusi satu hantaran di Facebook tanpa mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Show More

Related Articles

Back to top button