Kadar OPR kekal 2.75 peratus
CYBERJAYA – Bank Negara (BNM) hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada paras 2.75 peratus.
Kata BNM dalam satu kenyataan sebentar tadi, pengekalan kadar tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bersidang semalam dan hari ini.
Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga kadar OPR dikekalkan, iaitu sejak Nov 2022 dan Jan 2023.
Pada tahap OPR semasa, BNM memaklumkan, pendirian dasar monetari kekal a dan Jan dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
“MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi.
“MPC terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi, termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran kewangan,” kata kenyataan itu.
Langkah seterusnya, kata BNM lagi, adalah untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.