Bisnes & Ekonomi

Twitter hilang 80 peratus tenaga kerja setelah Musk ambil alih

WASHINGTON – Bilangan pekerja Twitter dilaporkan berkurangan kira-kira 80 peratus sejak usahawan Elon Musk mengambil alih platform media sosial tersebut.

Laporan portal Sputnik menyebut, syarikat berpangkalan di San Francisco itu mempunyai kira-kira 7,500 pekerja, tetapi bilangannya menurun kepada kira-kira 1,300 pekerja setelak Musk memuktamadkan pengambilalihan syarikat bernilai USD44 bilion itu pada akhir Oktober 2022.

Dilaporkan, Twitter kini mempunyai kurang daripada 550 jurutera sepenuh masa serta pasukan petugas keselamatan termasuk kurang daripada 20 pekerja sepenuh masa.

Syarikat itu juga mempunyai kira-kira 1,400 pekerja tidak bekerja yang masih dibayar gaji, selain hampir 75 daripada 1,300 pekerja syarikat sedang bercuti termasuk 40 jurutera.

Pada Disember, The New York Times melaporkan bahawa Twitter telah turut berhenti membayar sewa ruang pejabat selama beberapa minggu untuk mengurangkan kos.

Show More

Related Articles

Back to top button