Politik

Jangan abai amaran Presiden PAS

BANGI – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memberi amaran kepada pemimpin Kerajaan Perpaduan supaya berwaspada terhadap amaran Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) bakal tumbang.

Shahrir berkata, kenyataan Ahli Parlimen Marang itu tidak boleh diabaikan kerana PAS mempunyai sejarah sebagai perancang dan juga pencetus kepada gerakan Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH pada 2020.

“Sekarang sekali lagi PAS memulakan langkah untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan menaikkan kembali sebuah kerajaan tajaan PAS.

“Sekali dah berjaya. Kali kedua, cuba lagi. Haji Hadi sudah beri amaran awal Mac 2023. Tunggu dan lihat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Abdul Hadi semalam mengakui bahawa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha untuk ‘menjatuhkan’ Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri.

Usaha itu kata Hadi akan dilakukan melalui sistem demokrasi dan tiada mana-mana pihak dapat menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan PH-BN yang ada sekarang.

Ia termasuklah melalui undi tidak percaya atau mendapatkan Surat Akuan Berkanun (SD).

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, kenyataan Abdul Hadi itu membuktikan pemimpin-pemimpin PN kini berada dalam ketakutan kerana bermungkinan didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan rasuah.

“Sebab banyak pemimpin-pemimpin dari PN sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi mereka takut masuk penjara. Sebab itu mereka sibuk nak jatuhkan kerajaan.

Show More

Related Articles

Back to top button