Politik

Reezal Merican tawar diri jawatan Naib Presiden UMNO

BANGI – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO menjelang hari terakhir pencalonan, Ahad ini.

Reezal Merican menjadi individu keempat yang menawarkan diri untuk jawatan itu selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan dua lagi penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Mahdzir Khalid menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rasa tanggungjawab untuk bersama kepimpinan parti di setiap peringkat bagi mengembalikan kegemilangan UMNO.

Jawatan nombor tiga UMNO itu ketika ini disandang oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahadzir Khalid serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad berkata, pihaknya telah menerima 24 pencalonan untuk jawatan itu.

Pendaftaran bagi proses Pemilihan UMNO 2023 dibuka bermula 12 sehingga 26 Februari di Auditorium Menara Dato’ Onn bagi jawatan Ahli MKT UMNO, EXCO Wanita, Pemuda dan Puteri.

Show More

Related Articles

Back to top button