Berita SemasaPM X

Kerajaan terima komitmen swasta wujudkan Wakaf Madani

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menerima komitmen swasta untuk mewujudkan Wakaf Madani dengan aset-aset bernilai lebih RM1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata, kaedah berwakaf merupakan salah satu mekanisme pengagihan semula kekayaan yang menyumbang kepada kesejahteraan sejagat sesuai dengan kerangka Madani.

“Aset-aset yang terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan dan pendidikan akan dioptimumkan bagi manfaat golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain,” katanya.

Setakat ini, tambah Anwar, tanah wakaf berdaftar yang berjaya dibangunkan hanya sekitar 3,500 hektar atau 12 peratus.

“Sehubungan itu, usaha segera perlu digembleng dalam membangunkan tanah dan aset wakaf,” katanya lagi.

Berikutan itu, tambah Anwar, kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Nasional Tanah Wakaf yang akan dipengerusikan beliau dengan objektif menyumbang 20 peratus kepada pengembangan sektor kewangan sosial Islam menjelang 2030.

Show More

Related Articles

Back to top button