Berita Semasa

SKMM buka kertas siasatan isu laporan berita Awesome TV

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka satu kertas siasatan berhubung laporan berita yang disiarkan stesen televisyen Awesome TV mengenai cadangan mengurangkan bilangan penjawat awam.

Menurut SKMM, kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 206 AKM 1998 iatu kegagalan mematuhi syarat lesen.

Sebelum ini, pihak SKMM juga telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Awesome TV pada 20 Februari 2023 untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

SKMM berkata, ia memandang serius terhadap aduan pengguna dan komited dalam usaha mempertingkat tahap pematuhan para pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I) supaya kandungan yang disiarkan mencerminkan budaya, identiti dan norma-norma masyarakat, selaras dengan Akta Komunikasi dan Multi media 1998 (AKM 98) dan Kod Kandungan.

Setiap aduan yang diterima akan diteliti berdasarkan peruntukan AKM 1998, peraturan-peraturan yang berkaitan di bawahnya dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara tatacara/proses aduan yang dibuat adalah seperti memanggil pihak penyiar yang diadukan untuk tampil mengemukakan penjelasan bagi menentukan bentuk tindakan penguatkuasaan yang akan diambil.

Show More

Related Articles

Back to top button